Salam readers n bloggers.
M.L nak shared something its about MATA. Mostly, ramai yg memakai kanta lekap @ omputeh nya CONTACT LENS.
Macam2 warna, jenis dan saiz boleh kita dapati di pasaran dengan harga yang mampu dibeli. Itupun, kalau yg jenis minat dan juga rabun. Rabun tu yang betul2nya sesuai , tanpa memakai Kaca Mata @ eyes glasses.
Yang sesaja, bagi ML, tak perlu kut. tp terpulang la pada masing2 tul tak. Korang Ini, untuk lebih menarik. Bak kata orang dolu2x.. dari mata turun ke Hati... tak gitu.. Hihihih..
Contact Lens @ kanta lekap ni, ML dah 4tahun memakai kanta lekap kerana ML ni RABUN. hihh Gitu le cete. ML ni sbnrnya tak nak la bercoleteh panjang2.
Ini ML nak shared dgn korang pasal TIPS penjagaan kanta lengkap @ contact lens.
SCROLL DOWN...baca tau, jgn tak baca k.
PENTING!!! FOR healthy EYES....
Firstly masa terima lens, perhatikan lens di dalam botol samaada lens dalam keadaan sempurna atau tidak. jika lens didapati koyak/rosak, jgn buka botol lens..terus komplen kepada penjual supaya dapat tukarkan dgn yg baru. Jika botol sudah dibuka, sebarang aduan tidak akan dilayan.
After buka botol, rendamkan/soak lens selama 8 jam/ lebih menggunakan solution(multipurpose solution). jangan sesekali menggunakan air paip/air biasa untuk membersihkan lens/lens case. Selepas direndam baru boleh menggunakan lens dengan selamat.
Pada penggunaan pertama kali, start dengan 4 hours/jam dulu, and then baru ansur2kan jam pemakaiannya..tambah dlm 2 jam sehari. jika mata anda rase letih atau tidak tahan, perlulah membuka lens itu.jangan memaksa mata anda.rendam lens dlm soltuion water then baru pakai balik. Jika tidak menggunakan lens untuk tempoh yang lama, setiap minggu perlu tukarkan solution water yg digunakan untuk merendam lens di dlm lens case. Pastikan tangan anda dicuci bersih(soap free) dan dilap kering sbelum memegang/menyentuh lens. Jangan sekali2 berkongsi lens dengan org lain..Sangat2 bahaya..
Checking if your lens is right side out If the edges of your lens turn out, it is inside out.
To correct this, apply a few drops of Multipurpose Solution on your lens and reverse it.
Langkah 1: Basuh tangan setiap kali anda ingin membuka kanta lekap. Selepas basuh pastikan tangan anda dikeringkan kerana air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali anda menggunakan air yang ditapis.
Langkah 2: Keluarkan kanta lekap secara berhati-hati dengan tangan yang bersih dan kering.
Langkah 3: Letakkan kanta lekap dengan tapak tangan anda. Bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih penyelesai pelbagai guna(multipurpose solution) terutrama di bahagian atas kanta tersebut. Gunakan salah satu jari anda untuk menggosok kanta dengan lembut bersama titisan pencuci tadi.
Langkah 4: Bilaslah kanta lengkap anda dengan titisan pencuci khas yang sama untuk menghilangkan kuman yang terlekat padanya.
Langkah 5: Simpan kanta lekap anda dalam bekas khasnya, pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada kanta lekap anda.
Pastikan kanta lekap anda:
• Bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan.
• Tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata.
• Selesa ketika memakainya.
MENCUCI DAN MENYIMPAN KANTA LEKAP
1. Basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.
2. Keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.
3. Titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.
4. Bilas kanta tersebut dengan larutan salina.
5. Tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.
6. Keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.
Penjagaan Mata
Periksa mata anda setiap 12 bulan atau awal
Jika kita menggunakan kanta lekap atau cermin mata yang sudah tidak sesuai dengan kadar penglihatan kita, kita akan menyebabkan kekaburan mata kita semakin teruk dan ada sesetengah orang yang akan menghadapi sakit kepala disebabkan perkara ini. Gunakan lensa yang terbaik Terdapat terlalu banyak lensa di pasaran, tetapi bukan semua lensa adalah sama. Terdapat kualiti yang berbeza-beza. Disebabkan itu, pilihlah kualiti lensa yang baik, kerana ini akan mengelakkan daripada lensa tersebut merosakkan mata kita. Lensa yang tidak baik akan menyebabkan mata kita semakin rosak sepanjang masa kita menggunakan lensa tersebut. Buat rujukan dan cari sebarang reviu mengenai lensa tersebut sebelum membuat pembelian di mana-mana pusat optometris pilihan anda. Gunakan cermin mata anti UV Di dalam keadaan cuaca di Malaysia ini yang panas sepanjang tahun, kita perlu mengambil berat juga mengenai cahaya UV yang terpancar sepanjang hari. Oleh yang demikian, disarankan untuk kita memakai cermin mata gelap (sunglasses) yang baik, yang melindungi kita daripada cahaya UV ini. Seeloknya kita elakkan daripada membeli cermin mata gelap yang murah di pasar-pasar malam atau tempat yang seumpamanya, kerana kebanyakan cermin mata ini tidak menapis cahaya UV, sekali gus menyebabkan kita tidak melindungi mata kita daripada pancaran sinar UV. Terdapat juga cermin mata yang dapat menapis cahaya UV yang tidak terlalu mahal, kalau anda rajin mencari, pasti akan menjumpainya. Namun jika anda mempunyai kemampuan untuk membeli cermin mata yang mempunyai kualiti yang bagus, sebaik-baiknya anda membeli cermin mata tersebut. Jaga apa yang anda makan Tiada makanan yang akan menyebabkan mata anda rosak secara langsung, dan jika anda mengambil vitamin dan mineral yang betul, ianya akan membantu anda untuk menjaga kesihatan mata anda. Vitamins C, A and E, asid folik, selenium and zink sememangnya akan memberi faedah kepada kesihatan mata anda. Terdapat banyak lagi vitamin lain yang akan membantu secara tidak langsung terhadap kesihatan mata anda. Selepas ini jadikan lobak merah sebagai salah satu menu makanan anda. Pencahayaan yang secukupnya semasa membaca atau menggunakan komputer Semasa anda membaca atau sedang menggunakan komputer, pastikan pencahayaan dikawasan pembacaan anda alah cukup supaya mata anda tidak cepat penat dan letih. Jika cahaya yang digunakan terlalu terang, ianya akan menyebabkan mata kita rosak. Seelok-eloknya kita pastikan pencahayaan kita adalah cukup terang tetapi tidak menyebabkan mata kita tidak selesa. Rehatkan mata anda Dalam dunia sekarang ini, kebanyakan kerja yang kita lakukan menggunakan komputer dan disebabkan itu, kita akan berkelip 25% kurang daripada biasa. Ini menyebabkan mata kita akan cepat kering. Memang kita akan berkata, kalau macam tu, aku akan berkelip lebih banyak aa. Tapi kita tidak dapat mengawal refleks secara semulajadi ini. Justeru itu, pejamkan mata anda dan kira sehingga 5, lakukan perkara ini dari masa ke semasa. Satu lagi cara adalah dengan mengalihkan pandangan dari skrin anda dan lihat objek yang berada jauh dari anda. Jika anda mempunyai tingkap yang mempunyai permandangan yang hijau, lihat sejauh mata mampu memandang, ini akan membantu anda merehatkan mata anda. Jaga kanta lekap anda Jika anda pengguna kanta lekap, pastikan anda menjaga sebaik-baiknya. Sentiasa bilas kanta lekap anda apabila anda memasang atau menanggalkan kanta lekap anda. Pastikan juga anda menukar cecair kanta lekap anda di dalam bekas yang anda guna untuk menyimpan kanta lekap anda semasa anda tidur. Pastikan kuku kita tidak terlalu tajam, kerana ianya akan merosakkan kanta lekap jika kita tidak berhati-hati, dan menyebabkan penglihatan kita tidak selesa.