Sunday, January 12, 2014

KENALI SHAKLEE

Serba sedikit ringkasan tentang SHAKLEE


Kenapa Shaklee namanya??  kerananya  nama pengasas shaklee itu sendiri iaitu Dr Forrest C Shaklee

Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Proses gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.

Kisah Dr. Shaklee

Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika,lahir pada tahun1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah merubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.

Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan
Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee "Thoughtsmanship."

Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.

Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.

Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.
Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan, kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat di seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.

No comments: